Wednesday, September 23, 2020

 


NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA

AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD SYAMEIR BIN RAZAK(14DHM20F1018)

MUHAMMAD HAIQAL BIN MD KHAIRI (14DHM20F1010)


PENGENALAN SUKAN DAN PERMAINAN

 


Sukan boleh dikatakan sebagai alat untuk memupuk perpaduan di Malaysia. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum Melayu, India, dan Cina. Aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai kaum dapat memberi peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Hal ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

 

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat menyumbang kearah perpaduan dan dapat mengelakkan segala aktiviti gejala sosial yang tengah pesat berkembang dalam golongan remaja kini yang kurang diingini dalam pembangunan negara. Pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat menwujudkan hubungan diplomatik yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain di peringkat antarabangsa

OBJEKTIF LAIN SUKAN DAN PERPADUAN


-ia dapat membantu untuk mempertingkatkan mutu sukan di negara kita dan dapat mengalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan samaada di peringkat negeri mahupun daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan seperti bola sepak, hoki, dan lain-lain.

-ia dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran pegawai-pegawai seperti jurulatih, pegawai teknikal, dan pentadbiran sukan.

-ia juga dapat menggalakkan pembinaan kemudahan sukan yang baru serta menambahbaik kemudahan yang yang sedia ada di peringkat tertinggi.

-ia juga dapat menjadi asas pemilihan atlet-atlet di Malaysia bagi mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

-ia juga dapat meningkatkan integresi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

CONTOH SUKAN YANG BOLEH MENYATUPADUKAN KAUM DI MALAYSIA

 Di Malaysia terdapat masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa seperti kaum Melayu, India, dan Cina. sukan dan permainan merupakan alternatif lain untuk memupuk perpaduan di Malaysia. Terdapat beberapa antara aktiviti sukan yang boleh menyatupadukan kaum di Malaysia, Antaranya ialah :


1) BOLA SEPAK


2) HOKI


3) BOLA KERANJANG


4) BOLA TAMPAR


5)  BADMINTON


6) PING PONG


7) RAGBI


8)  OLAHRAGA


9) SEPAK TAKRAW


10) RENANG



PERMAINAN TRADISIONAL SETIAP KAUM


A) MELAYU


i. congkak

  

ii.  sepak raga




iii. batu seremban


iv. gasing


v. wau



B) INDIA


i. kho kho


ii. kabaddi



C) CINA

i. yo-yo China


ii. mahjong


iii. xiang qi


iv. weiqi



KESIMPULAN

 


Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti sukan menjadi antara alternatif lain dalam memupuk perpaduan di Malaysia yang berbilang kaum. Warna kulit mahupun berlainan bangsa dan kaum bukanlah halangan bagi rakyat di negara kita untuk bersukan. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kaum.

Kesimpulannya, semua pihak tidak kira kerajaan mahupun rakyat Malaysia perlulah memainkan peranan dan bekerjasama dalam melestarikan bidang sukan yang merupakan salah satu aktiviti menyatupadukan kaum di Malaysia.

  NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD SYAMEIR BIN RAZAK(14DHM20F1018) MUHAMMAD HAIQAL BIN MD KHAIRI (14...